Friday 12 January 2018

PROGRAM JOM CERIA SIHAT – 10,000 LANGKAH 2018 ANJURAN KEMAS DAERAH HULU LANGAT

PROGRAM JOM CERIA SIHAT – 10,000 LANGKAH 2018 ANJURAN KEMAS DAERAH HULU LANGAT

Tarikh  : 20hb. JAN 2018 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi – 2.30 petang
Lokasi  : Surau Al Falah TPD

Usahasama oleh :
*JK Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima
* JK Surau Al Falah TPD

Thursday 11 January 2018

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PINGGIRAN DELIMA 43100 HULU LANGAT

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PINGGIRAN DELIMA 43100 HULU LANGAT




Tarikh : 6 Januari 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Kuliah Surau Al-Falah           Taman Pinggiran Delima

Agenda :
1.  Penyerahan Sijil & Kelulusan Rasmi Pertubuhan (ROS) kepada Pengerusi PPTPD
2.  Taklimat dan Perbincangan Hala Tuju Persatuan dan Pendaftaran Ahli TPD
3.  Lain-Lain Hal

Semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima dijemput hadir bagi melancarkan agenda mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha
Md Amir Muda
Persatuan Penduduk
Taman Pinggiran Delima

Nota :  Notis Mesyuarat akan dikeluarkan kepada semua AJK PPTPD

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2018/2019 “PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PINGGIRAN DELIMA”



Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil ‘Alamin Hamdan Yuwaafi Ni’mahuu Wa Yukaafi Maziidah

Assallamualaikum,

Saya dengan segala hormatnya mengutuskan dan memaklumkan Notis Peringatan Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama yang telah dijalankan dengan jaya nya pada tarikh berikut :-

Tarikh         :      16hb December 2017 (Sabtu)
Masa         :       9.00 malam
Tempat      :       Kawsan Lapang Blok C, Jalan Pinggiran Delima 2/1
                        Taman Pinggiran Delima
Kehadiran  :      Seperti Di Dalam Senarai (94 orang)



AGENDA MESYUARAT



1.         Kehadiran penduduk dan para jemputan
 
2.         Bacaan Doa disampaikan oleh Ustaz Muaz selaku Bilal Surau Al-Falah
 
3.         Ucapan Pengerusi

1.1.    Tuan Pengerusi Penaja Encik Badrul Isham Bajuri mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli ke Mesyuarat 
        Agung Kali Pertama.
          
1.2.   Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Taman Pinggiran Delima yang sudi    hadir dan juga kepada AJK Penaja Sementara Persatuan yang telah banyak berkorban masa,        
         tenaga serta material bagi menjayakan penubuhan persatuan ini.

1.3.    Tak dilupakan juga kepada tetamu yang dijemput khas buat Yg. Berhormat Tuan Hj Razaly Hassan,    yang melaungkan masa dan memberikan sokongan yang padu bagi merasmikan majlis penubuhan    pada malam ini

4.         Ucapan Perasmian bagi Mesyuarat Agung PPTPD

2.1.   Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh Yg Berhormat Tuan Hj Razaly Hassan selaku Ahli   
        Dewan Undangan (DUN) Dusun Tua dan beliau telah merasmikan Mesyuarat untuk menubuhkan  
        persatuan PPTPD dan berharap pembangunan kemasyarakatan dan perpaduan masyarakat di   
        sekitar taman ini.

          Pengesahan Minit Yang Lalu

Mengesahkan Minit Mesyuarat yang bertarikh 23 Oktober 2017 (Sabtu) yang diadakan di Bilik           
Kuliah Surau Al-Falah bagi Penubuhan Jawatankuasas Penaja Persatuan.

Meluluskan dan Membentangkan Perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan Penduduk

Setiausaha memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk ini telah berjaya didaftarkan dengan Pendaftar    
Pertubuhan Persatuan (R.O.S ) pada 22hb November 2017. Dengan adanya Persatuan Penduduk, diharap 
segala komen dan cadangan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan lancar.

Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan persatuan penduduk ini dengan nama Persatuan  
Penduduk Taman Pinggiran Delima

         Pembubaran Ahli Jawatankuasa Penaja Sementara

   Pengerusi telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Pinggian          
   Delima dibubarkan pada jam 10.15 malam.

       Memilih dan Melantik Ahli Jawatankuasa Baru bagi Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima

  Setelah menjalani proses pencalunan dan pengundian, barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk  
  Taman Pinggian Delima bagi tahun 2018/2019 adalah seperti berikut: -
 
  PENGERUSI                        :    ROSIDI BIN OTHMAN                               62 UNDIAN

  TIMBALAN PENGERUSI       :    BADROL ISHAM BIN MOHAMAD BAJURI  46 UNDIAN

  SETIAUSAHA                      :     MD AMIR BIN MUDA                                63 UNDIAN

  PENOLONG SETIAUSAHA   :     ZAHARAH BINTI MOHD                            38 UNDIAN

  BENDAHARI                        :     MOHD HAZIZUL BIN MOHD HASHIM         35 UNDIAN

  PENOLONG BENDAHARI     :     ISAHAK ABDULLAH                             DISOKONG SEBULAT SUARA

  AHLI JAWATANKUASA         :    TAHIR BIN JALALUDIN                           DISOKONG SEBULAT SUARA

         HASSANNORDIN BIN MOHAMED NOOR                     ”

         SITI SAOYAH BIN IBRAHIM                                         ”

SUKADIS BIN SUKARI                                                ”

IDRIS BIN AHMAD SUHAIMI                                        ”

SHARIZUL RAZLI BIN SETH                                         ”

MOHAMMAD SAAD AHMAD                                        ”

MOHD YUSOF BIN MOHD NOR                                    ”

ROZITA BT NOR OTHMAN                                            ”

ZULKIFLI BIN SULAIMAN                                              ”

HJ YUSOF BIN SAAD                                                   ”

AHMAD KAMIL SHAARI                                                ”

  

PEMERIKSA KIRA-KIRA :  NORMAH BINTI ABU                             DISOKONG SEBULAT SUARA

Cadangan ini disokong sebulat suara oleh semua yang hadir

Cadangan ini disokong oleh Sdr Rosidi Othman selaku Pengerusi PPTPD yang dilantik

Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mendaftarkan persatuan penduduk ini dengan Pendaftar Pertubuhan    Persatuan (ROS). Pendaftaran bagi persatuan ini akan diuruskan oleh Setiausaha, Sdr Md Amir Muda

Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat. Beliau meminta maaf jika berlaku sebarang kekasaran kata dan meminta semua ahli memberikan kerjasama penuh terhadap sebarang aktiviti yang kan dibuat sepanjang tahun nanti.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.35 malam.

Disediakan oleh,                                                              Disahkan oleh,


........................................                                              ………………………….
SETIAUSAHA                                                                 PENGERUSI
Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima                   Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima
MD AMIR MUDA                                                             ROSIDI OTHMAN
Tarikh :                                                                           Tarikh :